Monday, July 9, 2012

Luahan perasaan

Assalamualaikum semua yang menjenguk blog ini atau future customer.

Apa yang yaya nak bagitahu disini, yaya minta maaf jika kadang kala email,sms,bbm atau phone call anda yaya tak dapat jawab secepat mungkin. Atau kadang kala order anda yaya tolak. Jika anda berada dalam situasi yaya tentu anda akan faham. 

Yaya bekerja sepenuh masa dipejabat. Balik rumah, pelbagai urusan lain yaya kena urusan. Sebagai wanita, solat , masak, kemas rumah, baju2 , anak dan suami. Bila dah settle semua nya baru yaya akan mulakan dengan part time job ni yang yaya lakukan semata-mata kerana minat dan dalam masa yang sama nak tolong suami. Kami bukan orang senang, tapi Allah dah bukakan pintu rezeki untuk kita berusaha kearahnya.

Kadang-kala ada customer yang terguris hati , berkecil hati , atau tidak berpuas hati . Malah ada yang sangat gembira , bersyukur dan bermacam lagi ragam yang mereka lemparkan kepada yaya setelah mereka terima apa yang mereka mahukan. Ada yang tipu, maksud disini , order bersungguh2 dan kemudian kita laksaankan ordernya dan kemudian lesap begitu sahaja. Biasalah, ini semua kerenah manusia. Sesiapa sahaja yang berkerja dan berhadapan dengan pelanggan pasti akan merasai semua ini. Bukan mudah yaya seorang nak puaskan hati semua orang kan. 

Yaya buat partime ini just for fun, maksudnya bukan yaya letakkan harapan yang tinggi semata-mata untuk meraih pendapatan disini. yaya sudah ada kerja tetap. so i dont expect much on this. Kalau ade rezeki adelah, kalau tak ada, tak mengapalah.

Dan yaya tak memaksa anda untuk beli dari yaya. Jika anda berminat terpulanglah. Jika anda tidak, beribu lagi blogshop yang anda boleh buka dan lihat dan tempah. 
 

Bagi yaya , tak ada istilah customer is always right.

Bak kata one of my friend.... The right customer is always right! 

Terima kasih kepada customer yang memahami dan bersabar.


sekian , Assalamualaikum
:)

No comments:

Post a Comment